RAYA HAJI AT KUANTAN MEDICAL CENTER

Assalamualaikum baby mama,

I hope when you read this, you will remember those 8 days we spent at KMC during Raya Haji holiday. Thank God that Papa was still on leave during the first few days which was critical days, I would said, because you looked very lethargic, only want to be hold by me, high fever and dependent on the supp pcm, no appetite. I was very worry bout you baby.

Few days before the Raya Haji holiday, you've been on and off fever but you still looked active and all, so I didn't think much. But when we were at kampung on the first day of Raya Haji, your temperature wont come down and we carelessly didn't bring your medications. As no clinic was open as well as the pharmacy so I brought you to the emergency department at Jeli Hospital. Not happy with the treatment and services there (maybe they thought that I was looking for a reason to extend the holiday using you). So, we decided to drive back to Kuantan that night itself (we barely stay 24hours at kampung), and then went straight to KMC where you got admitted for 1 week + 1 day. 

Could not imagine what happen if we still think its okay to wait and just treat you at home. The first 3 days you only depending on the iv drip and also breast milk, later when your temperature starts to subside then you appetite come along. You start being cheeky and active again, like your old self. Even though those 7 days holiday supposed to be spent at kampung with families but as long as you are healthy, its okay. I just imagined that we were at a private resort with our own private room/ penthouse as we stay at the top floor. 

Do you still remember that almost everyday at least one time if not three, we will go down to the lobby and you will make that mandatory visit to the mini market and 'pow' me. You wont leave empty handed. From chocolates to toys, you named it, almost everything in the mini market we bought. 

And there were days that we sneaked out (outing w/o telling the nurses), for breakfast and dinner usually, because I could not stand anymore not seeing the outside world. 😂😂

Here I compiled some pictures for our memories. If one day, we switch places, I hope you would care me like we did to you. 

In ED:









pampers dah overdosed 😂😂

belum discharge lagi, ni salah satu activity

jalan-jalan with bag/car

Assalamualaikum, acik awalnya tutup kedai? Zara nak beli eskem ni




lawatan wajib


yup, she like to wear her underwear, outside 😆



hari-hari paw mama


perebutan kasih

finally, after 8 days, this hospital-cation is over 



mamaZ



BUKIT PELINDUNG, KUANTAN

Assalamualaikum Zara sayang,

Petang ni Mama nak share about our weekly routine nowadays. Disebabkan sejak dua menjak ni Papa merungut, dia rasa badan dia makin di pump-pump, so Mama create activity baru untuk kita semua time Mama off day.

Papa ni kalau kita kejut dia sorang-sorang je, suruh dia pergi sendiri, sekejap je hangat-hangat tahi ayam nya tu. Maka demi suami tercinta, dan tanda isteri solehah, Mama join jugak lah, as support dan semoga Papa istiqomah nak selim melim balik.

So sekarang ni, Alhamdulillah dah 3 minggu kita semua berjaya hiking Bukit Pelindung tu every Monday. Even though ada hari baby tido je dalam carrier 😂😂 but as long as you are there, it count. What important is your presence.

during hiking (2nd trip)

after (mata bengkak, baru bangun) 


Tapi hari first hiking memang pancit habis, both of us. Especially Papa sebab he had 10kg extra (carrying you) 😁. Padahal bukit tu 1km je, tapi sebab bukit kan, so extra work compare to walking. First time naik tu, rasa ya Allah, tak sampai-sampai ni. Bila la nak sampai? Asik kena tipu pulak dengan Papa kan. Sikit je lagi, naik bukit yang ni, lepas selekoh tu dah sampai. Tak sampai jugak. Tu lepas gazebo biru tu sampai la. Tak sampai jugak. Last-last give up nak tanya jauh lagi ke tak.



muka kepenatan (1st trip)

jauh kena tinggal


Sebab first time, semua sebok nak berOOTD bagai kat atas tu. Layan je. Trip lepas tu tak kuasa nak OOTD (padahal pakai baju sama 😆😆)

sorry Zara tak ready tapi kaki Mama on point sangat


Mama letak gamba candid Zara ye?


Second time naik, okay la, sebab dah tahu kan jauh mana. And badan pon dah tak terkejut macam first time tu. Tapi yang second trip ni, all the way up and down, baby memang tido je. Penat sangat anak Mama, kalua tak salah sebab baru baik dari muntah-muntah dan cirit-birit. So bila sampai kat atas kali ni Mama exercise sorang-sorang la sebab Zara tido.



happy nya Baby Mama exercise (first trip)

All the way up time second trip sebab Zara tido, Mama ambik gamba sorang-sorang jela dengan signs.







Second trip ni jugaklah, Mama Papa decide we go higher lagi. Papa kata (kononnya), kalua naik sikit lagi ni boleh tengok view Teluk Cempedak.



Hutan rimba adalah.

Mama rasa ramai yang kecewa macam Mama jugak tak dapat nak tengok view, so instead diorang illegally panjat ni untuk tengok view. And to be honest, both of us thinking the same thing, if it weren't because of you. Memang kitorang dah panjat jugak 😁😂😂.




Last Monday, yang ni Zara bersemangat lebih. Dari tempat parking kereta dekat bawah Zara jalan sendiri naik bukit sampai port kita warming up. Depan kuaters perhutanan tu, tempat selalunya nampak monyet.



Tapi dah siap warming up, duduk dalam carrier dah, Papa dukung 😄.

Bila dah biasa ni tak terasa sangat. Badan pon lebih fit kan? Kalau tak routine kita everyday sama je. Balik kerja Mama ambik Zara memang tak sempat dah kita nk keluar riadah or pergi taman, sebab dah lewat. So I hope this activity will be one of the memories that you'll remember. And hopefully bila dah besar pon Zara boleh consistent untuk beriadah.

Tak kisah riadah apa pon, jogging ke, hiking ke, futsal ke. As long as boleh sihatkan badan bagi fit. Mama Papa remaja-remaja dulu fit jugak, dah start kerja, dah start busy/ malas nak exercise. Sebab tu sekarang ni naik tangga 2 tingkat pon dah semput.




MamaZara

I-CITY, SHAH ALAM

Dear Zara,

Macam mana seronok ke dapat jalan-jalan dekat I-City haritu? Mama harap Zara enjoy walaupun baru tak fully recover lagi dari muntah-muntah, plus demam, plus cirit birit sekali (suspek food poisoning, ataupun banyak sangat makan durian kut?).

Nasib baik lah jugak Zara sakit hari sabtu tau, Mama EL sehari je sebab ahad Papa dah ada, dah boleh jagakan Zara, Mama tak sampai hati nak hantar dekat ibu Shikin. Then kebetulan, isnin selasa rabu tu memang Mama ambik cuti sebab nak kena pergi training dekat Shah Alam. Walaupun tak jadi trip jalan-jalan as planned, tapi hikmahnya Mama boleh jaga Zara kan?

Alhamdulillah, hikmahnya juga, bila jumpa kakak Amni kat Shah Alam, baru la selera nak makan anak Mama ni, sejak muntah-muntah tu sayang trauma kan nak makan? Asal masuk je pape, muntah balik. Mama tengok pon sedih 😢

So sebab training kali ni dekat Shah Alam je, alang-alang tu boleh lah Mama Papa bawak Zara jalan-jalan tengok I-City. Mama Papa pon dah lama tak datang I-City ni, last rasanya tahun 2010 kut, ke sebelum tu lagi. Sekarang ni dah maju dah, dah macam-macam ada, apartment dan condo pon dah penuh kiri kanan tu, siap tengah ada construction Doubletree by Hilton lagi. Adeh menyesal tak beli property kat area ni dulu (eh, dulu tu mampu ke? student lagi kan?).



Nak senang, Mama book Airbnb, kita stay dekat I-Suite, Soho, I-City. Memang betul-betul sebelah je dengan I-City. Nak jalan kaki pon boleh je dari apartment tu. Tapi disebabkan panas (malas), so better naik kereta jela, senang 😊

Rupanya, I-City pon dah macam-macam sekarang ni. Kalau dulu, sebut I-City je akan terbayang lampu-lampu kat pokok kan? Sekarang ni jadi macam themepark dah. Ada tempat main salji, ada waterpark, boleh main feris wheel, macam-macam lah.

Nasib baik masuk free je. Tapi nak main attractions tu kena bayarlah. Zara dan Papa sila bersyukur sebab Mama jenis manusia yang rajin study dan google sebelum pergi mana-mana dan buat apa-apa, especially Papa (sebab jimat duit Papa). Harga walk in dan harga beli dekat website jauh bezanya tau Zara. Mama beli online dapat almost 60% discount tau. And promo tu sampai ogos ni kalau tak silap, boleh check dekat website I-City. Nak whole day pass pon ada, tapi sebab Mama pikir kita tak mampu nak ber-have fun sepanjang hari (penat travel + Zara baru nk recover + tak semua boleh main sebab Zara tak cukup syarat), so Mama book for SnoWorld je.



Dari packing kat rumah lagi baby Mama ni excited kan. Bila sebut je nak main snow, kemain ambik gloves bagai, tetiba berminat nak pakai topi owl lah. Sampai dekat I-City, tak sempat masuk kawasan lagi dah beriya pakai gloves kan. Tapi hurm, kesian anak Mama. Masuk je dalam tu, blur je. Mesti Zara tercari-cari mana snow kan? 😂😂😂


Lebih sesuai letak nama IceWorld dari SnoWorld kan baby? The only benda yang nampak macam salji (yang powdery tu) hanyalah kapas-kapas yang ditabur as decorations. Yang lainnya semua air batu. Ice sculpture je penuh macam-macam bentuk, then ada ice slide (hati-hati, licin tau). Tak tahu kenapa sebab kecewa ke shock ke, Zara taknak main pon ice slide tu. Terpaksa la Mama slide sekali, then Papa pon slide jugak sambil riba Zara. Waktu naik train dalam Snoworld tu pon Zara still buat muka blur lagi. Oh anak.





Zara sejuk eh dalam tu? Tula, Mama pon rasa sejuk sebab angin sejuk duk hembus kat muka. Kaki tak rasa sejuk sangat even pakai seluar biasa je, Mama siap pakai wedges je, tak pakai kasut tertutup pon. Akak kat kaunter depan (which is not very friendly, macam terpaksa je kerja) cakap, boleh je tak pakai kasut pon, kalau sejuk, boleh keluar balik sewa kasut.

Walaupun agak kecewa sebab eh macam ni je, pusing sikit eh dah abis dah, ada la jugak ala-ala snow sled untuk orang dewasa main. Dan chair sled/ ski? which Mama Papa duduk atas kerusi then ada cam stick untuk push biar kerusi tu meluncur atas ice. Sebab Zara tak boleh main, so semua tu Mama Papa kena main bergilir-gilir lah. Kita takde orang gaji/ nanny nak oi.

Da rasa beku tangan kita semua keluar balik duk dekat area yang kurang sejuk. Zara ingat tak lagi kita tengok ada pak-pak arab (tourist) selamba je pakai shorts kan? sekali tak sampai 5 mins, berlari keluar sebab sejuk 😄😄.

Then, kita masuk pusing lagi sekali lah sebab alang-alang dah bayar kan, main semua benda lagi sekali, naik train, sled, chair ski. Keluar tu lampu-lampu tak on lagi, sb baru pukul 6 rasanya. Pukul 7 baru lampu-lampu dia bukak. Baru lah jadi I-City, City of Lights tu.




But sorry baby, Mama menyesal tak booking awal-awal ticket untuk masuk Itsy-Bitsy (rm15 if book online, min 1 day prior). Nak beli walk in, 1 game rm5 (which kalau main dekat mall rm1-rm2 je), so Mama rasa cekik darah sangat ni. Makanya kita tengok dan bergambar jela. Nasib baiklah anak Mama ni good girl sangat kan. Tapi at the end Mama tak myesal tak beli, sebab banyak mainan Zara tak boleh main sebab tak cukup tinggi dan anak Mama pon takde la meminta-minta nak main tu.

Nanti Zara dah besar sikit (reach the minimum heights, which is 90cm if im not mistaken), kita datang lagi, or kita pergi themepark lain okay?


p/s: gamba Zara dengan Mama akan diupload kemudian, sebab ni semua dari phone Mama, gamba kita ada dalam phone Papa



MamaZara


RAYA HAJI AT KUANTAN MEDICAL CENTER

Assalamualaikum baby mama, I hope when you read this, you will remember those 8 days we spent at KMC during Raya Haji holiday. Thank Go...