I-CITY, SHAH ALAM

Dear Zara,

Macam mana seronok ke dapat jalan-jalan dekat I-City haritu? Mama harap Zara enjoy walaupun baru tak fully recover lagi dari muntah-muntah, plus demam, plus cirit birit sekali (suspek food poisoning, ataupun banyak sangat makan durian kut?).

Nasib baik lah jugak Zara sakit hari sabtu tau, Mama EL sehari je sebab ahad Papa dah ada, dah boleh jagakan Zara, Mama tak sampai hati nak hantar dekat ibu Shikin. Then kebetulan, isnin selasa rabu tu memang Mama ambik cuti sebab nak kena pergi training dekat Shah Alam. Walaupun tak jadi trip jalan-jalan as planned, tapi hikmahnya Mama boleh jaga Zara kan?

Alhamdulillah, hikmahnya juga, bila jumpa kakak Amni kat Shah Alam, baru la selera nak makan anak Mama ni, sejak muntah-muntah tu sayang trauma kan nak makan? Asal masuk je pape, muntah balik. Mama tengok pon sedih 😢

So sebab training kali ni dekat Shah Alam je, alang-alang tu boleh lah Mama Papa bawak Zara jalan-jalan tengok I-City. Mama Papa pon dah lama tak datang I-City ni, last rasanya tahun 2010 kut, ke sebelum tu lagi. Sekarang ni dah maju dah, dah macam-macam ada, apartment dan condo pon dah penuh kiri kanan tu, siap tengah ada construction Doubletree by Hilton lagi. Adeh menyesal tak beli property kat area ni dulu (eh, dulu tu mampu ke? student lagi kan?).



Nak senang, Mama book Airbnb, kita stay dekat I-Suite, Soho, I-City. Memang betul-betul sebelah je dengan I-City. Nak jalan kaki pon boleh je dari apartment tu. Tapi disebabkan panas (malas), so better naik kereta jela, senang 😊

Rupanya, I-City pon dah macam-macam sekarang ni. Kalau dulu, sebut I-City je akan terbayang lampu-lampu kat pokok kan? Sekarang ni jadi macam themepark dah. Ada tempat main salji, ada waterpark, boleh main feris wheel, macam-macam lah.

Nasib baik masuk free je. Tapi nak main attractions tu kena bayarlah. Zara dan Papa sila bersyukur sebab Mama jenis manusia yang rajin study dan google sebelum pergi mana-mana dan buat apa-apa, especially Papa (sebab jimat duit Papa). Harga walk in dan harga beli dekat website jauh bezanya tau Zara. Mama beli online dapat almost 60% discount tau. And promo tu sampai ogos ni kalau tak silap, boleh check dekat website I-City. Nak whole day pass pon ada, tapi sebab Mama pikir kita tak mampu nak ber-have fun sepanjang hari (penat travel + Zara baru nk recover + tak semua boleh main sebab Zara tak cukup syarat), so Mama book for SnoWorld je.



Dari packing kat rumah lagi baby Mama ni excited kan. Bila sebut je nak main snow, kemain ambik gloves bagai, tetiba berminat nak pakai topi owl lah. Sampai dekat I-City, tak sempat masuk kawasan lagi dah beriya pakai gloves kan. Tapi hurm, kesian anak Mama. Masuk je dalam tu, blur je. Mesti Zara tercari-cari mana snow kan? 😂😂😂


Lebih sesuai letak nama IceWorld dari SnoWorld kan baby? The only benda yang nampak macam salji (yang powdery tu) hanyalah kapas-kapas yang ditabur as decorations. Yang lainnya semua air batu. Ice sculpture je penuh macam-macam bentuk, then ada ice slide (hati-hati, licin tau). Tak tahu kenapa sebab kecewa ke shock ke, Zara taknak main pon ice slide tu. Terpaksa la Mama slide sekali, then Papa pon slide jugak sambil riba Zara. Waktu naik train dalam Snoworld tu pon Zara still buat muka blur lagi. Oh anak.





Zara sejuk eh dalam tu? Tula, Mama pon rasa sejuk sebab angin sejuk duk hembus kat muka. Kaki tak rasa sejuk sangat even pakai seluar biasa je, Mama siap pakai wedges je, tak pakai kasut tertutup pon. Akak kat kaunter depan (which is not very friendly, macam terpaksa je kerja) cakap, boleh je tak pakai kasut pon, kalau sejuk, boleh keluar balik sewa kasut.

Walaupun agak kecewa sebab eh macam ni je, pusing sikit eh dah abis dah, ada la jugak ala-ala snow sled untuk orang dewasa main. Dan chair sled/ ski? which Mama Papa duduk atas kerusi then ada cam stick untuk push biar kerusi tu meluncur atas ice. Sebab Zara tak boleh main, so semua tu Mama Papa kena main bergilir-gilir lah. Kita takde orang gaji/ nanny nak oi.

Da rasa beku tangan kita semua keluar balik duk dekat area yang kurang sejuk. Zara ingat tak lagi kita tengok ada pak-pak arab (tourist) selamba je pakai shorts kan? sekali tak sampai 5 mins, berlari keluar sebab sejuk 😄😄.

Then, kita masuk pusing lagi sekali lah sebab alang-alang dah bayar kan, main semua benda lagi sekali, naik train, sled, chair ski. Keluar tu lampu-lampu tak on lagi, sb baru pukul 6 rasanya. Pukul 7 baru lampu-lampu dia bukak. Baru lah jadi I-City, City of Lights tu.




But sorry baby, Mama menyesal tak booking awal-awal ticket untuk masuk Itsy-Bitsy (rm15 if book online, min 1 day prior). Nak beli walk in, 1 game rm5 (which kalau main dekat mall rm1-rm2 je), so Mama rasa cekik darah sangat ni. Makanya kita tengok dan bergambar jela. Nasib baiklah anak Mama ni good girl sangat kan. Tapi at the end Mama tak myesal tak beli, sebab banyak mainan Zara tak boleh main sebab tak cukup tinggi dan anak Mama pon takde la meminta-minta nak main tu.

Nanti Zara dah besar sikit (reach the minimum heights, which is 90cm if im not mistaken), kita datang lagi, or kita pergi themepark lain okay?


p/s: gamba Zara dengan Mama akan diupload kemudian, sebab ni semua dari phone Mama, gamba kita ada dalam phone Papa



MamaZara


No comments:

Post a Comment

RAYA HAJI AT KUANTAN MEDICAL CENTER

Assalamualaikum baby mama, I hope when you read this, you will remember those 8 days we spent at KMC during Raya Haji holiday. Thank Go...