JAPAN DAY 6: LAST DAY IN JAPAN

Hari last di Japan, sempat jalan-jalan lagi sekali di Shibuya dan Harajuku. Ada orang tu nak beli kasut, dan tolong member cari kasut jugak. 

After check out Airbnb, luggage semua simpan dekat Tokyo Station je dulu, then baru (window) shopping. Ada budak kecik sorang tu macam biasa da tengahari memang time dia nap, so kena settle kan dia dulu lah. 

muka tidur dalam kekenyangan + high dengan susu
😝

Eh, sampai je tempat shopping bangun dah? Macam biasa pantang Nampak kasut, kalau boleh satu kedai dia nak try.



Penat berjalan dan shop hopping, memang tak sempat nak capture semua kedai-kedai yang masuk. Lagipun iols memang takde plan nak shopping sangat so tak de lah beruya benar.

Tetiba kat celah-celah kedai kasut tu ada satu kedai jual buah-buah, terliur pulak tengok strawberry dia merah menyala, besar-besar, bau manis je. Apa lagi, terus beli, terus makan. Memang sedap manis giler. Menyesal pulak beli 1 je. Haha.


Sebelah tu Starbuck Shibuya, tetiba cam teringat kat sorang makcik ni hantu Starbuck, saja je offer Tanya, nak beli tak tumbler Starbuck Japan, alang-alang duk sebelah je ni, dan Papa Zara tengah syok mencari kasut lagi.




Sayangnya, kat Starbuck Harajuku ternampak tumbler yang tulis Tokyo, tapi plain jela. Yang dah beli ni lagi cantik.




kita rasmikan dulu ye 1, sebab dapat air free kan 


jalan-jalan sekitar Shibuya 


I love this, menyenangkan kerja 😍😍

Dalam pukul 4petang terus gerak balik ke Tokyo Station sebab perjalanan masih jauh, nak kena ke Hamaatsucho Station dulu untuk switch dari JR Yamanote ke monorail untuk ke Haneda Airport. Owh, jangan risau monorail ni JR Pass cover. 

Haneda Airport ni ad banyak terminal. Kitorang tersalah terminal awal-awal tu. 😅😅 sebab tak clear terminal 1 ke 2, sebab dia ada 2 internatiol terminal actually. Hahaha. Tapi nasib baiklah, monorail tu memang berhenti dekat semua terminal tu both ways. 

focus on blue line for monorail route

Tapi waktu kitorang naik haritu, monorail ni berhenti dekat semua terminal, termasuk yang domestic terminal tu. So dekat Haneda Airport ada 3 stops. If korang naik AirAsia macam iols, so turun dekat terminal international yang mula-mula. Yang satu lagi tu international jugak tapi flights operated by ANA dan ada satu company lain tak ingat. 

So kalau terlepas, tau turn dekat terminal yang mula-mula tu macam kitorang, don't panic okay. Nanti monorail tu nak patah balik ke Hamamatsucho Station, akan berhenti lagi sekali dengan terminal semua tu, so boleh turun. 

owh why flatbed habis orang dah beli, staff tak dapat nak beli 

Owh, btw ada satu kedai Turkish halal dekat terminal ni if korang nak makan-makan isi perut dulu. Duduk dekat airport almost 4hours, memang kena isi perut dulu sebelum pekena Nasi Lemak Pak Nassir dalam flight. 

Settle check in semua, terus masuk sebab nak shopping souvenirs untuk bawak balik Malaysia. Sebab we'ols memang tak sempat nak shopping sangat sebelum tu. Jadi semua coklat-coklat, KitKat dan sebagainya tu, beli kat airport tau. Rambang mata, duit dah sengkek, hahaha, kita beli seadanya jelah, janji dapat merasa sikit sorang. 





Kakak ipar ada tanya pasal SK2, as you can see, rack licin. Tinggal yang display je. Maigod, siapa lah yang borong ni, tapi memang yang gila memborong kat duty free tu, tak sempat nak bergambar tengah shopping sebab tengah sama rambang mata pilih barang. 


Owh ya, Japan ni tersangat strict tau dengan rules diorang, hanya boleh bawak 2 hand carry sahaja, even plastic kecik ke hape. Jadi kalau lebih dari dua, pepandai lah sumbat menyumbat supaya jadi 2 je setiap sorang bawak.

Yup, termasuk, sling bag portable wifi ni

Sling bag ni dapat sekali time sewa wifi kat KLIA2, yang sangat berguna pulak untuk iols letak barang, Jr Pass dan phone waktu jalan-jalan. So, next trip nak kena beli sling bag.
*hint to someone*


Yang paling best tak payah nak berebut kerusi untuk duduk, tempat duduk yang disediakan banyak gila, dan macam-macam deco. Siap ada playland untuk budak-budak, siap dengan interactive flood screen. Zara was having so much fun. 







Kenkonon tertidur sebab penat main, pandai sangat berlakon sekarang ni baby mama ni. 



Pastu active balik. Nak jalan sendiri dekat travellator, tak bagi dukung. 




Mama bagi can, larilah puas-puas, nanti dalam flight kita tidur ye sayang.
😉😉😉

Nasib staff macam ni lah, kena dahulukan paying customers, Alhamdulillah ada hot seat yang dekat-dekat walaupun bukan sebelah. Kalau jauh mau haru nak jaga Zara sensorang 6-7 jam tu. 

Flight balik ni tak dapat beli bassinet untuk Zara sebab, family yang duduk sebelah iols dah chop dulu. Nasib baik lah Zara behave sesangat, tak banyak ragam, tak menangis meraung macam anak orang lain (yes, anak awak lah orang sebelah oi), so Mama riba je. 

Tapi yang stressnya (sikit jela), sebab Zara taknak langsung riba dengan Papa kali ni, kebas tangan Mama nak oi. Nasib tak gangrene. So Mama dengan stressnya tengok Papa tidur sedap sungguh. 

Sampai Malaysia subuh-subuh hari. Orang tu dah sedap tidur, bangun dengan cerianya. Mama je yang rabak dalam cerita ni. 


dalam kereta sambung lagi zzz

Sampai Mama Papa berhenti breakfast pon, dia tak sedar jugak.
Oh anak 😄😄


Singgah rumah Mama Long dulu sebab dah lama tak datang sejak pindah Kuantan. Gembira main dengan abang Faiz. Mama ni bateri kat dada dah lip lap dah macam Ultraman. Papa pon ikut lip lap sekali bateri padahal dia dah kemain tidur. sabar jelah.







supikgf/mamazara

No comments:

Post a Comment