JAPAN DAY 6: LAST DAY IN JAPAN

Hari last di Japan, sempat jalan-jalan lagi sekali di Shibuya dan Harajuku. Ada orang tu nak beli kasut, dan tolong member cari kasut jugak. 

After check out Airbnb, luggage semua simpan dekat Tokyo Station je dulu, then baru (window) shopping. Ada budak kecik sorang tu macam biasa da tengahari memang time dia nap, so kena settle kan dia dulu lah. 

muka tidur dalam kekenyangan + high dengan susu
😝

Eh, sampai je tempat shopping bangun dah? Macam biasa pantang Nampak kasut, kalau boleh satu kedai dia nak try.



Penat berjalan dan shop hopping, memang tak sempat nak capture semua kedai-kedai yang masuk. Lagipun iols memang takde plan nak shopping sangat so tak de lah beruya benar.

Tetiba kat celah-celah kedai kasut tu ada satu kedai jual buah-buah, terliur pulak tengok strawberry dia merah menyala, besar-besar, bau manis je. Apa lagi, terus beli, terus makan. Memang sedap manis giler. Menyesal pulak beli 1 je. Haha.


Sebelah tu Starbuck Shibuya, tetiba cam teringat kat sorang makcik ni hantu Starbuck, saja je offer Tanya, nak beli tak tumbler Starbuck Japan, alang-alang duk sebelah je ni, dan Papa Zara tengah syok mencari kasut lagi.




Sayangnya, kat Starbuck Harajuku ternampak tumbler yang tulis Tokyo, tapi plain jela. Yang dah beli ni lagi cantik.




kita rasmikan dulu ye 1, sebab dapat air free kan 


jalan-jalan sekitar Shibuya 


I love this, menyenangkan kerja 😍😍

Dalam pukul 4petang terus gerak balik ke Tokyo Station sebab perjalanan masih jauh, nak kena ke Hamaatsucho Station dulu untuk switch dari JR Yamanote ke monorail untuk ke Haneda Airport. Owh, jangan risau monorail ni JR Pass cover. 

Haneda Airport ni ad banyak terminal. Kitorang tersalah terminal awal-awal tu. 😅😅 sebab tak clear terminal 1 ke 2, sebab dia ada 2 internatiol terminal actually. Hahaha. Tapi nasib baiklah, monorail tu memang berhenti dekat semua terminal tu both ways. 

focus on blue line for monorail route

Tapi waktu kitorang naik haritu, monorail ni berhenti dekat semua terminal, termasuk yang domestic terminal tu. So dekat Haneda Airport ada 3 stops. If korang naik AirAsia macam iols, so turun dekat terminal international yang mula-mula. Yang satu lagi tu international jugak tapi flights operated by ANA dan ada satu company lain tak ingat. 

So kalau terlepas, tau turn dekat terminal yang mula-mula tu macam kitorang, don't panic okay. Nanti monorail tu nak patah balik ke Hamamatsucho Station, akan berhenti lagi sekali dengan terminal semua tu, so boleh turun. 

owh why flatbed habis orang dah beli, staff tak dapat nak beli 

Owh, btw ada satu kedai Turkish halal dekat terminal ni if korang nak makan-makan isi perut dulu. Duduk dekat airport almost 4hours, memang kena isi perut dulu sebelum pekena Nasi Lemak Pak Nassir dalam flight. 

Settle check in semua, terus masuk sebab nak shopping souvenirs untuk bawak balik Malaysia. Sebab we'ols memang tak sempat nak shopping sangat sebelum tu. Jadi semua coklat-coklat, KitKat dan sebagainya tu, beli kat airport tau. Rambang mata, duit dah sengkek, hahaha, kita beli seadanya jelah, janji dapat merasa sikit sorang. 





Kakak ipar ada tanya pasal SK2, as you can see, rack licin. Tinggal yang display je. Maigod, siapa lah yang borong ni, tapi memang yang gila memborong kat duty free tu, tak sempat nak bergambar tengah shopping sebab tengah sama rambang mata pilih barang. 


Owh ya, Japan ni tersangat strict tau dengan rules diorang, hanya boleh bawak 2 hand carry sahaja, even plastic kecik ke hape. Jadi kalau lebih dari dua, pepandai lah sumbat menyumbat supaya jadi 2 je setiap sorang bawak.

Yup, termasuk, sling bag portable wifi ni

Sling bag ni dapat sekali time sewa wifi kat KLIA2, yang sangat berguna pulak untuk iols letak barang, Jr Pass dan phone waktu jalan-jalan. So, next trip nak kena beli sling bag.
*hint to someone*


Yang paling best tak payah nak berebut kerusi untuk duduk, tempat duduk yang disediakan banyak gila, dan macam-macam deco. Siap ada playland untuk budak-budak, siap dengan interactive flood screen. Zara was having so much fun. 







Kenkonon tertidur sebab penat main, pandai sangat berlakon sekarang ni baby mama ni. 



Pastu active balik. Nak jalan sendiri dekat travellator, tak bagi dukung. 




Mama bagi can, larilah puas-puas, nanti dalam flight kita tidur ye sayang.
😉😉😉

Nasib staff macam ni lah, kena dahulukan paying customers, Alhamdulillah ada hot seat yang dekat-dekat walaupun bukan sebelah. Kalau jauh mau haru nak jaga Zara sensorang 6-7 jam tu. 

Flight balik ni tak dapat beli bassinet untuk Zara sebab, family yang duduk sebelah iols dah chop dulu. Nasib baik lah Zara behave sesangat, tak banyak ragam, tak menangis meraung macam anak orang lain (yes, anak awak lah orang sebelah oi), so Mama riba je. 

Tapi yang stressnya (sikit jela), sebab Zara taknak langsung riba dengan Papa kali ni, kebas tangan Mama nak oi. Nasib tak gangrene. So Mama dengan stressnya tengok Papa tidur sedap sungguh. 

Sampai Malaysia subuh-subuh hari. Orang tu dah sedap tidur, bangun dengan cerianya. Mama je yang rabak dalam cerita ni. 


dalam kereta sambung lagi zzz

Sampai Mama Papa berhenti breakfast pon, dia tak sedar jugak.
Oh anak 😄😄


Singgah rumah Mama Long dulu sebab dah lama tak datang sejak pindah Kuantan. Gembira main dengan abang Faiz. Mama ni bateri kat dada dah lip lap dah macam Ultraman. Papa pon ikut lip lap sekali bateri padahal dia dah kemain tidur. sabar jelah.







supikgf/mamazara

JAPAN DAY 5: GALA YUZAWA


Trip ke Gala Yuzawa ni initially memang takde dalam itinerary. But merely two weeks before going there (all the preparation has been done), one of Papa's friend asked us to join his family to go to snow resort which is Gala Yuzawa in Tokyo. Awal-awal decided nk pass je sebab tak beli satu hape pon baju untuk nak ngadap snow. Spring takde la sejuk beku sangat, pakai baju tebal or sweater dah cukup.

Tapi last minute tu, 2-3 hari before pergi, tetiba macam nak la pulak gi main snow 😁😁 Kalut la cari thermal wear dekat si kecik ni yang paling susah sekali, Kuantan source limited. Nasib baik cari dekat Decathlon Damansara ada. Ski suit/pants kitorang decide nak sewa je kat sana.

Datang sehelai sepinggang pon takpe, sebab semua benda ada untuk sewa, dari wear (jacket and pants), boots, cuma gloves and snow cap jelaa kena beli sb hygiene purpose kan. Check out here.

Dari Tokyo Stations ada direct train ke Gala Yuzawa ni, turun2 je terus sampai dekat snow resort ni, tapi limited train and timing. Haritu kitorang tersalah naik train, train ni last berhenti dekat 1 station before Gala Yuzawa. Jadinya kena naik taxi ke Gala Yuzawa, cost dalam 1000 yen lebih kurang (kitorang kena 960 yen).

sampai dekat Echigoyuzawa Station

naik taxi ke Gala Yuzawa 



Yeay, dah sampai

First thing kena buat adalah, beli ticket ye. Kat sini boleh pilih la nak package yang mana, kitorang ambik yang paling basic je, nak ambik package ski, berski seumur hidup tak pernah 😥 Ada sight seeing/tour/hiking package jugak. 

Dah beli tiket, proceed ke kaunter untuk isi borang rental. Staff dekat kaunter beli ticket tu cakap harini panas, 9°C, so takpayah sewa wear (pants and jacket). Kitorang cam pikir, 9℃ tu panas? Biar betul, mungkin bagi dia, bagi kita kang beku, so xpelah sewa je, lagipun iols and zara pakai skirt and tak bawak baju spare lain dah. 

isi form dulu

try boots untuk tengok size

gembiranya dia


 Antara persoalan yang bermain dalam otak before pergi sana, size budak-budak paling kecik size berapa, kang takde size, kesian pulak si kecik tu kesejukkan sebab memang tak beli winter jacket dan winter pants untuk semua orang.

Boots paling kecik size 4, which is agak besar untuk Zara, rasanya kalau dalam cm 16cm kut paling kecik (lupa nak snap gamba). Untuk wear, paling kecik size 90cm, besar sikit lah sebab zara pakai 75-80cm kalau beli uniqlo. 😄😄

jacket tak pakai sebab besar sangat

sibuk nak gi cari Papa

Changing room, locker separate tau u male dan female, tapi dekat tingkat atas ada untuk family. Kitorang tukar dekat bawah je, gilir-gilir, lepastu, barang2 semua simpan dalam locker bilik lelaki. 

Dah siap, kena naik gondola la nak naik atas.


macam biasa part gayat Mama akan pejam mata, xpelah tak tengok view pon


Kitorang sewa sled je untuk main salji ni, nak main ski tak pandai kan. So lepas dah sampai atas baru ambik sled tu, then mainlah sampai puas.



masa ni kemain xpakai gloves, lepas da sakit tangan baru tau haaa


part ni seronok

part nak kena tarik naik atas balik, tak berapa nak seronok 😝

to be honest lepas 3-4 round naik turun, dah penat gile


so chill kat tepi je main salji



kemain posing 




Dan ternyata memang 9℃ untuk kawasan salji adalah panas. Sebab tu semua jacket jadi hiasan je, pakai thermal shirt, but seluar pakai sebab thermal pants tak waterproof nanti sejuk dan basah. Kalau tahu bawak seluar track yang waterproof tu je 😜😜 xyah sewa bagai 


panas terik ni jangan lupa pakai sunblock ultralight dari Hannan Skincare ye (sempat iklan)



snowman Papa sebelum...

...dimusnahkan oleh raksasa cilik 





ni snowman Mama dan Zara 


Owh ya, still remember Papa's friend yang tak dapat nak makan Gyumon tu, ni lah Capt Megat and family. And the same person yang ajak kitorang pergi sini. 


Diorang menyesal sb bawak ski/winter pants tapi letak dalam locker, akhirnya tak tahan sejuk sebab seluar dah basah.




untung big boss, duduk je dalam tu, xyah daki bukit 

Weols kira beruntung sebab even datang time spring dapat merasa main salji. Dan hari yang kitorang pergi tu actually last day Gala Yuzawa operating, sebab salji dah nak habis, so resort dah nak tutup. Kena tunggu next winter pulak. 

So last before balik petang tu, kitorang naik benda alah ni (tak tahu nama) 😂u pusing-pusing kawasan ni, Fee 500 yen per person, baby tak kira. 

before start, kemain duk depan sekali

bila dah bergerak, habis kena salji terpercik 

nasib ad jacket ni boleh jadi cover 




Kenkonon bawak sendiri, layan jela








Habis satu hari. 

p/s: tunjuk JR Pass dapat discount tau!




supikgf/mamazara 






RAYA HAJI AT KUANTAN MEDICAL CENTER

Assalamualaikum baby mama, I hope when you read this, you will remember those 8 days we spent at KMC during Raya Haji holiday. Thank Go...