Konon nak catch first shikanzen subuh subuh hari ke Tokyo kan, tak subuh sangat la, semua dah penat mengangkut bag ke sana ke mari. Rasanya kitorang naik pukul 7am kut.
ada orang tak mandi 😂
amboi dua beranak ni
kalau tak bawak bekal kudapan, boleh beli, ingat AirAsia je ada stewardess?
Shikanzen dari Shin Osaka ke Tokyo ada 3 jenis, Nozomi, Hikari, Kodama. Kalau guna JR Pass boleh naik yang Hikari dan Kodama sahaja. Ada beberapa pit stop sebelum sampai ke Tokyo.
Mt Fuji
If nak nampak view Mount Fuji dengan clear, boleh duduk seat belah kiri. Sebab kitorang duduk belah kanan, ini usaha gigih orang tu gi ambik gamba ni sebab plan kitorang ke Mt Fuji cancel.
Sampai Tokyo, check in Airbnb (yang ni aku tak recommend sangat). Apartment memang lawa, aku pon berkenan dengan deco dia tapi susah sikit nak jumpa untuk first timer dan agak jauh (even 1 train station away from Tokyo Station). Waktu survey memang rasa cam dekat, tapi sebab train (Keiyo Line) yang nak ke tempat tu agak jauh kena berjalan dalam Tokyo Station itself, so agak tidak convenience bagi aku.
Tips: better cari Airbnb within JR Yamanote Line
Okay, ni pengenalan sikit pasal train line and map dekat Tokyo.
y line merah tu Keiyo Line, yang hijau tu JR Yamanote, both ada access dekat Tokyo station, tapi within Tokyo Station yang besar tu, Keiyo Line duk hujung terpisah jauh dengan line-line yang lain
Apartment kitorang tu dekat dengan Hatchobori Station, so only 1 train away from Tokyo Station
ni fokus dekat line hijau u JR Yamanote
If dekat Tokyo nak pergi the famous Shibuya and nak shopping dekat Harajuku, semua access naik JR Yamanote je. Sebab tu my suggestion better duduk/ cari apartment yang dekat dengan mana2 JR Yamanote line, senang hidup. (well of course harga pon boleh tahan, so survey survey is the key)
Next time pergi, aku prefer Hamamatsucho, sebab nanti monorail nak pergi Haneda Airport ada dekat Hamamatsucho Station.
Familiarize yourself with these trains map. Kat sana takde lah blur je nanti.
Walaupun ada instruction, kemain susah nak jumpa, last2 tanya abang posmen. Haha, nasib baik ada abang posmen lalu.
Letak bag, freshen up sikit, mandikan si kecik Zara. Lets go.
DAIBA
Dah separuh hari dah, so kitorang decided untuk explore Daiba petang tu. Alah yang ada gundam/ robot ala-ala transformer besar tu.
Gundam jela bercahaya, dah gelap so tak nampak sangat diri sendiri dalam gambar
😂😂😂
Dari Tokyo Station ke Shimbashi guna JR Yamanote (JR Pass), tapi nak ke Daiba Station kena guna Yurikamome line (transit dekat Shimbashi). Ticket train 320 yen per person/ way.
bekal takde arini, so makan takoyaki lagi dalam DiverCityPlaza
SHIBUYA
Habis ronda-ronda Daiba City, we made a quick stop at Shibuya. Saja nak tengok nightlife sana (padahal tak sabar nak gi tengok Shibuya Crossing). Tak tahu lah kenapa, padahal zebra crossing camtu jela. 😅
So patah balik, dari Daiba Station (using Yurikamome line) to Shimbashi Station, tukar naik JR Yamanote Line from Shimbashi to Shibuya Station.
i literally screamed at him "B, cepat cepat ambik gamba"
Owh ya, before keluar ke Shibuya Crossing tu, ada orang nak kena isi 'minyak' dulu. Kalau tak nanti meragam. So kena settle kan bos kecik dulu. 😝
nursing room dekat Shibuya Station 👍👍
GYUMON SHIBUYA
Tengok orang dah, so perut pon dah lapar, jom makan halal yakiniku dekat Gyumon, Shibuya. Nak selamat better call booking dulu ya. Kawan kitorang yang pergi sampai sana dulu before kitorang tak dapat table sebab full. Nasib baik kitorang dah call dulu. Phew.
salad dia tau lah sebab lapar ke hape, sedap semacam, laki iols siap tambah salad 😮
tengoklah siapa yang paling busy nak meng-grill daging tu
p/s: Mama jalan2 malam tu dengan penuh sticker di muka, jumpa kawan Papa pon, rilek je muka ber-sticker hello kitty dan trains
tak clear pulak gamba yang ambik
nah gamba thanks to google 😀
Nak ke Gyumon dari Shibuya station ni dalam 10-15 mins walking distance je. Tapi yang jadi susah dan tricky tu sebab time tu banyak constructions (jalan, flyover etc) dekat Shibuya, so google maps pon dah pening asik berputar tempat sama. Tanya orang pon tak tahu jugak, last tanya polis yang tengah jaga construction jalan tu.
So nak senang, dari Shibuya station, keluar ikut South exit, then cari shibuya police station. Dari situ jalan straight je (nama jalan ni Meiji Street kut kalau tak salah, or lebih kurang bunyi macam tu, dah lupe lah). Jalan sampai jumpa 7-11. Sebelah 7-11 tu ad lorong kecik, masuk je lorong tu dah sampai lah kat Gyumon.
yellow circle: construction area
red circle: main point
follow the black arrow to get to Gyumon
ni menu dekat Gyumon, ada set dan boleh add-on meat kalau tak cukup
Jangan tamak, cukup sesangat 1 set tu untuk sorang 😝😝 Kenyang yang amat tau.
Dah kenyang, sesaja gi melintas 2-3 kali dekat Shibuya crossing (tak tahu apa motif dan matlamatnya) 😬 terus balik tidur sebab esok nak pi main salji. Yeay.
supikgf/mamazara
No comments:
Post a Comment